Komuniti eFTi Segamat
Selamat Datang Ke Komuniti Juruteknik Komputer. Pendaftaran Adalah percuma dan Terbuka kepada semua. Sekiranya anda adalah penjawat jawatan Juruteknik Komputer gred FT, sila email ke ftsegamat@gmail.com bagi memperolehi akses khas. TQ
Komuniti eFTi Segamat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa Dia SchoolNet?

Go down

Apa Dia SchoolNet? Empty Apa Dia SchoolNet?

Post  ibmz on 2nd April 2009, 9:45 am

SCHOOLNET

Projek SchoolNet

1. Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
2. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

Mengapa SchoolNet diwujudkan?

1. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah di Malaysia.
2. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
3. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
4. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.

Wawasan SchoolNet

1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet

1. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?

Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-

a) Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL):
Teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.

b) Wayarles:
Teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.

c) Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT):
Teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.
ibmz
ibmz
Admin
Admin

Posts : 9
Join date : 01/04/2009
Age : 42

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum